jangan pernah lari

jangan pernah lari dari mengejar redha dari NYA kerana dari Nya kita dicipta dan dihidupkan sehingga ke hari ini . kita hanya manusia yang lemah yang tak pernah lari dari membuat sebarang kesilapan sama ada besar atau kecil. itu lumrah sebagai hamba Allah swt yang dipanggil manusia. yang pasti pintu taubat sentiasa dibuka kepada setiap hamba yang ingin kembali mencari nur iman rabbul izzati nya :)

Sunday, 30 November 2014

bersihkan hati

Assalamualaikum wbt :) 

hai semua :D
senyum itu satu sedekah ^-^

Hari ni ina nak cerita mengenai hati kita iaitu hati manusia. Sebenarnya hati manusia ni sangat halus, ina pun manusia dapat merasai kehalusan hati ni. Tetapi hati juga boleh menangis kerana disakiti oleh benda2 yang kita tak suka . Oleh itu mari kita sama2 perbaiki hati kita agar sentiasa berkeadaan bersih dan suci . Buang sifat EGO dan semaikan sifat MENGALAH , bukan bermakna kita perlu sentiasa bersikap sedemikian tetapi kita perlu bersifat sebegitu supaya kita sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dari segala kekotoran. Bayangkan jika hati kita kotor semua tidak akan berjalan dengan lancar. 


Ina sebagai seorang manusia tak pernah lari daripada membuat sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan hati individu yang lain terasa kan. So kita sebagai hambanya yang lemah perlu sentiasa bersihkan hati dengan beristighfar , selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan banyakkan membaca Al-Quran insya Allah hati kita akan tenang . Kita boleh bersihkan hati kita dengan mengikut tauladan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw, in sya Allah hati kita akan berasa tenang . Contoh yang ina boleh ambil seperti diri ina sendiri yang kadang2 mudah marah, terasa dan bersikap agak sedikit EGO, tetapi kalau kita selidik tentang keperibadian serta sikap dan sifat Nabi Muhammad saw , masyaAllah ina akan berasa MALU sebab apa? Sebab Baginda Nabi Muhammad saw sangat mulia hatinya ,, Allahurabbi. Memang layaklah Nabi Muhammad saw menjadi contoh dan tauladan untuk kita umatnya kerana sifat beliau amat2 memberikan satu fenemona yang akan menjadi ikutan bagi setiap orang untuk menghayatinya.



Ina berkata sebegini kerana ina teruja dengan sikap Nabi kita yang sememangnya amat mulia, menag menjadi satu bukti kepada kita semua umatnya kerana Nabi Muhammad ni KEKASIH Allah swt , memang layak berbanding dengan diri kita ni . Sedangkan Nabi Muhammad saw pun sentiasa menyucikan diri dari melakukan sebarang kesilapan tetapi orang lain sering sahaja sakit hati dengan Nabi Muhammad saw sedangkan Nabi Muhammad saw tidak pernah mempunyai sifat sebegitu . 


Okay , in the end nye yea. kita sebagai manusia perlu sentiasa membersihkan diri kita dari sebarang yang akan merosakkan hati kerana hati yang baik semestinya Allah akan sayang dan hidup kita akan bahagia kerana memiliki hati yang suci lagi bersih.



Wednesday, 26 November 2014

kau ingin apa dalam hidup ini?

Asalamualaikum wbt :) Salam Ukhuwah :D

hai semua :) Hari ini ina cuma nak taip atau membuat satu puisi , membuat puisi merupakan salah satu daripada hobi dan cara ina meluahkan perasaan yang terpedam . heee :D


KAU INGIN APA DALAM HIDUP INI?

Ku merenung diluar jendela
Menyaksikan keindahan alam semulajadi
ciptaan dari Sang Pencipta 
Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa 
dalam alam ini.


Tiada sehebat dari kekuasaannya
Siapa kita untuk menghalang dan mengubah ciptaanNYA 
Namun tanpa disedari
Satu kesilapan telah menjelma dalam kehidupan kini
Ini semua angkara sebuah tangan yang memusnahkannya .


Perasaan haloba dan riak 
manusiawi telah memperkosa alam semulajadi ini dengan tiada simpati
apa yang kau inginkan dalam dunia ini wahai manusia
Tidakkah kau perlu bersyukur akan pemberiannya
adakah tiada perasaan malu dalam hidupmu.


Kemusnahan telah berlaku
namun malang sekali
tidak sedikit pun kau mahu merasai
apakah engkau buta
tidakkah engkau cuba merasa
betapa dunia ini sudah lemah
diatas perbuatanmu
cuba tanya diri sebentar manusia
apakah yang kau mahu dalam dunia ini
tanya dalam hati mu itu 
sehinnga engkau menemui pangkal jalan yang realiti.

Sudahlah manusia
fikir secara membabi buta
bukan itu yang Tuhan ciptakan untukmu
kau mempunyai lubuk akal paling mendalam
akalmu boleh berfikir setinngi gunung
tapi sungguh
kau tidak gunakan sebaiknya.

Wahai manusia fikirkan
Apakah yang kau mahu dalam hidup ini
jangan hanyut manusia
bangun dan bangkit
dari terus terlena dek mimpi.


semoga apa yang ina cuba sampaikan ini kamu semua faham dan jika terdapat sebarang kesalahan mohon ditegur dan  kerana ina hanya mengarang bukan mencipta sebuah bait puisi yang lebih baik . 

Tuesday, 25 November 2014

Hanya Allah swt sahaja yang tahu :)

Asalamualaikum wbt :) salam ukhuwah :D


hai semua :) 
dah lama ina tak update cerita dekat blog ina ni. Bukan apa sebenarnye ina busy dengan exam untuk paper sem 1 so ina focus on paper je la , heee.
Ina tahu blog ina ni tak sepopular mana , nak kata best tak delah best mana tapi boleh2 je. Tapi ina jenis yang tak kisah, tujuan ina buat blog ni pun ina nak kongsikan beberapa cerita dlm hidup ina yang mungkin sedikit sebanyak dapat ina kongsikan sinopsis dan moral daripada cerita ina( tu pun kalau ada, kalau tak ada maafkan je la ye) hiksss :P
Masa ina tengah duk menghadapi peperiksaan yang sudah pun menjelang , ina suka dengar lagu "MEWANGI" dari AKIM AF 7 kalau tak salah ina lah . Serius memang minat sampai time tengah jawab paper pun sempat nyanyi tau. Entah lah tak tahu kenapa syok dekat lagu tu sedangkan kawan2 ina sendiri pun tak minat lagu tu , dia orang cakap lagu tu membosankan . haha. pendapat orang kan .



Lagu tu bagai memberi sesuatu maksud yang agak mendalam dalam diri dan hidup ina tapi gambaran tu tak kelihatan pada mata ina , i dont know why?? . Kebiasaannye ina boleh dapat gambarkan dan terus memahami tapi kali ni tidak , mungkin ada sesuatu kut yang disorokkan oleh Allah pada diri ina , sebab apa? Sebab ina jenis tak minat sangat pada lagu yang agak lambat melodinya tapi kali n lain pula dan ina dapat rasakan ada something yang tak kena tapi ina sendiri tak tahu apa something tu. huhuhuhu.
And now, lagu akim "mewangi" dah ramai orang yang suka dengar lagu tu even kawan2 ina yang dulunya tak suka lagu tu terus suka , pantang  nampak ina nyanyi kan lagu tu je mesti dia org akan follow juga menyanyi , ini dinamakan "penangan" beb. haha 



Tapi tahniah diucapkan kepada akim af7 sebab dah buatkan diri ina untuk jatuh cinta pada lagu kamu ni "mewangi" , hehe, im like it
so, korang yang tak minat pada lagu yang "slowmelody" korang boleh dgr,manalah tahu korang boleh suka dengan lagu akim ni......
okeyhh lah ina nak masuk tidur dulu dah penat dah ni mata ina , huii