Asalamualaikum wbt :) Salam Ukhuwah :D
hai semua :) Hari ini ina cuma nak taip atau membuat satu puisi , membuat puisi merupakan salah satu daripada hobi dan cara ina meluahkan perasaan yang terpedam . heee :D
KAU INGIN APA DALAM HIDUP INI?
Ku merenung diluar jendela
Menyaksikan keindahan alam semulajadi
ciptaan dari Sang Pencipta
Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa
dalam alam ini.
Tiada sehebat dari kekuasaannya
Siapa kita untuk menghalang dan mengubah ciptaanNYA
Namun tanpa disedari
Satu kesilapan telah menjelma dalam kehidupan kini
Ini semua angkara sebuah tangan yang memusnahkannya .
Perasaan haloba dan riak
manusiawi telah memperkosa alam semulajadi ini dengan tiada simpati
apa yang kau inginkan dalam dunia ini wahai manusia
Tidakkah kau perlu bersyukur akan pemberiannya
adakah tiada perasaan malu dalam hidupmu.
Kemusnahan telah berlaku
namun malang sekali
tidak sedikit pun kau mahu merasai
apakah engkau buta
tidakkah engkau cuba merasa
betapa dunia ini sudah lemah
diatas perbuatanmu
cuba tanya diri sebentar manusia
apakah yang kau mahu dalam dunia ini
tanya dalam hati mu itu
sehinnga engkau menemui pangkal jalan yang realiti.
Sudahlah manusia
fikir secara membabi buta
bukan itu yang Tuhan ciptakan untukmu
kau mempunyai lubuk akal paling mendalam
akalmu boleh berfikir setinngi gunung
tapi sungguh
kau tidak gunakan sebaiknya.
Wahai manusia fikirkan
Apakah yang kau mahu dalam hidup ini
jangan hanyut manusia
bangun dan bangkit
dari terus terlena dek mimpi.
semoga apa yang ina cuba sampaikan ini kamu semua faham dan jika terdapat sebarang kesalahan mohon ditegur dan kerana ina hanya mengarang bukan mencipta sebuah bait puisi yang lebih baik .
No comments:
Post a Comment